NADI – GOVERNMENT : Budi MADANI
19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini18 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah memberi penerangan berkenaan Budi MADANI kepada pengunjung yang menghadiri di NADI.
BUDI MADANI ialah inisiatif Kerajaan MADANI bertujuan menyasarkan semula subsidi bahan api (terutamanya diesel) kepada golongan yang layak. Tujuannya adalah untuk mengurangkan ketirisan dan penyeludupan subsidi rakyat. Pelaksanaannya merangkumi pemberian bantuan tunai RM200 sebulan kepada individu pemilik kenderaan diesel persendirian yang memenuhi syarat serta pekebun kecil dan petani yang berkelayakan. Selain itu, pengunjung juga menyemak kelayakan dalam Budi MADANI RON 95 yang baru dilancarkan oleh kerajaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: